Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,778

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Masihkah Ada Peluang Untuk Mendekati Tuhan?

5:00pm 05/02/2016 Zakir Sayang Sabah 71 views i-Muslim
Gambar Hiasan

Gambar Hiasan

Al-Hasan al-Basri berdiri di sisi kubur setelah selesai urusan pengkebumian sahabatnya.

Kemudian beliau memandang ke arah seorang lelaki yang berada di sebelahnya, lalu berkata :

Apakah pandanganmu jika mayat tersebut kembali semula ke dunia, apakah perkara yang akan dilakukan olehnya?

Lelaki itu menjawab :

Nescaya dia akan beristighfar memohon keampunan daripada Allah, mendirikan solat dan mempersiapkan dirinya dengan pelbagai amalan kebaikan.

Maka berkata al-Hasan al-Basri kepadanya :

Dia (mayat) tidak berpeluang lagi untuk melakukannya tetapi kamu masih belum kehilangan peluang tersebut.

Peringatan Dan Muhasabah

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

1) Ambillah peluang beribadah kepada Allah dengan melaksanakan dengan sempurna segala ibadah fardhu dan mempertingkatkan amalan sunat khususnya pada hari-hari yang mulia ini (sepuluh hari awal Zulhijjah).

2) Dekatkanlah diri dengan masjid, surau, majlis ilmu dan sahabat-sahabat yang baik dan berakhlak mulia.

3) Jauhilah segala perkara yang melalaikan dan hindarilah diri daripada bergaul dengan mereka yang jauh daripada Allah.

4) Sesungguhnya kita tidak tahu bilakah akan dipanggil kembali kepada Allah.

5) Berdoalah semoga Allah mengurniakan husnul khatimah (pengakhiran hidup yang baik) kepada kita semua.

“Ya Allah, taufiqkanlah kami untuk sentiasa memanfaatkan setiap detik hidup kami untuk mendekatkan diri kepada-Mu.”

(Sumber: Tazkirah.net, oleh Tim Tazkirah)

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan