Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Masih Ramai Kurang Pengetahuan Kanser Payudara

6:34pm 19/10/2016 Pak Roshan 141 views Berita Pilihan,Mutakhir,Tawau,Tempatan

pink

TAWAU : Kempen kesedaran kanser payudara perlu diadakan secara kerap kerana masih ramai wanita bukan sahaja kurang pengetahuan mengenai bahaya penyakit itu, malah terdapat juga yang takut untuk membuat pemeriksaan awal.

Pakar Bedah Hospital Tawau Dr Tong Yan Yee berkata kebanyakan wanita hanya merujuk kepada hospital atau klinik setelah menghidap penyakit itu khususnya pada tahap empat iaitu tahap kronik.

“Tidak prihatin dengan kesihatan diri mengakibatkan ramai pesakit kanser payudara sukar diubati.

“Masih ramai pesakit takut untuk tampil membuat pemeriksaan awal dan sangat ramai yang datang ke hospital setiap tahun dengan kanser sudah berada pada tahap empat,” katanya pada sidang akhbar mengenai Kempen Kesedaran Kanser Payudara 2016 di Hospital Tawau di sini hari ini.

Mengenai kempen itu yang dianjurkan bersama Kinabalu Pink Ribbon sejak 22 Sept lepas, Dr Tong, yang juga pengerusi penganjur, berkata seramai 313 orang telah menjalani ujian pemeriksaan saringan kanser payudara.

“Kita telah laksanakan kempen ini awal dan membuat pemeriksaan pada peserta dan daripada jumlah ini, kita anggarkan kira-kira 10 peratus dikesan mempunyai tanda awal kanser payudara,” katanya.

Beliau berkata terdapat juga golongan lelaki dikesan menghidap kanser payudara di daerah ini, namun bilangannya sedikit dengan nisbah satu kepada tujuh wanita.

Beliau turut menjemput orang ramai untuk datang menjayakan penutupan kempen itu pada 22 Okt ini di Dewan Masyarakat Tawau bermula 7.45 pagi hingga 1 tengah hari.

Katanya pelbagai aktiviti akan diadakan selain pemeriksaan kesihatan seperti cabutan tiket bertuah dan persembahan hiburan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan