Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Masih ramai belia tidak faham GST

Tawfiq (tengah) menyertai pelatih kursus sajian restoran di Pusat Rehabilitasi Cure & Cara Klinik Cure & Care Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia (AADK) Kementerian Dalam Negeri. - foto Jimmy Tan
Tawfiq (tengah) menyertai pelatih kursus sajian restoran di Pusat Rehabilitasi Cure & Cara Klinik Cure & Care Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia (AADK) Kementerian Dalam Negeri. – foto Jimmy Tan

PAPAR – Agensi berkaitan perlu menggiatkan kempen penerangan berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada generasi muda khususnya belia agar mereka lebih memahami konsep sistem percukaian standard itu.

Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan menjelaskan, hubungkait pembangunan negara dan GST perlu diketahui oleh generasi muda bahawa apabila pendapatan negara meningkatkan dari segi cukai ia akan dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk pembangunan infrastruktur, pendidikan, latihan dan peluang pekerjaan.

“Bukan sahaja belia tidak faham, ramai orang pun tidak faham. Jadi, saya setuju bahawa agensi berkenaan seperti Kementerian Kewangan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Penerangan dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) harus terus turun padang untuk memberikan penjelasan apa itu GST.

“Kalau perkara ini dapat diperjelaskan dengan sejelas-jelasnya oleh pihak berwajib, kita mungkin tidak lagi akan mendengar rungutan berkaitan GST.

“Mungkin belia tidak faham kenapa mereka mesti dicukai, jadi itu perlu diperjelaskan. Cukai itu bukan  untuk perkara asas, ia hanya untuk perkara tertentu yang kalau dahulu GST itu hanya melibatkan percukaian dalam segmen kecil tetapi sekarang ia diperluaskan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis penyampaian Sijil Tamat Latihan Program Jangka  Pendek 2015: Kursus Seni Kreatif Jahitan dan Memasak di Pusat Rehabilitasi Cure & Cara Klinik Cure  & Care Agensi Anti Dadah Kebangsaan Malaysia (AADK) Kementerian Dalam Negeri, di sini hari ini.

Tawfiq berkata, lebih 100 negara telah melaksanakan GST dan Malaysia masih ketinggalan dalam pelaksanaan GST.

Menurutnya, sekiranya perolehan negara kurang, sukar untuk kerajaan meningkatkan pembangunan  infrastruktur sekaligus memberi kesan kepada kedatangan pelabur ke negeri ini yang menilai sesuatu lokasi pelaburan itu berdasarkan kemudahan infrastruktur.

“Harapan saya agar belia lebih terbuka dan apabila ada seminar GST mereka harus datang dan  mendengar. Jika kekurangan fahaman mereka harus berani bertanya kepada mereka yang hadir,” jelasnya. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan