Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Masih banyak pihak tidak fahami SOP: Niosh

Mohd Hussin beramah mesra dengan tetamu dan kakitangan Niosh dalam majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Niosh di Kota Kinabalu. - Foto Ille Tugimin/SayangSabah
Mohd Hussin beramah mesra dengan tetamu dan kakitangan Niosh dalam majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri Niosh di Kota Kinabalu. – Foto Ille Tugimin/SayangSabah

KOTA KINABALU – Seminar dan kursus anjuran Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) Sabah berjaya menarik seramai 5,000 peserta menghadiri program anjuran agensi tersebut.

Pengurus Niosh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Mohd. Husin Abdul Salam berkata, sejak ditubuhkan pihaknya telah menganjurkan sebanyak 415 seminar dan kursus di negeri ini.

Menurutnya, Niosh Sabah menjangkakan dapat menarik lebih ramai peserta dalam seminar yang bakal dianjurkan dengan pembukaan pejabat baharu agensi itu di Harbour Cirty, Jalan Coastal Kota Kinabalu yang akan beroperasi pada 1 September ini.

“Kita optimis mekanisme itu akan tercapai apabila pejabat baharu kita beroperasi pada bulan depan. Simbolik perasmian dijangka akan dilakukan oleh Pengerusi Niosh, iaitu Tan Sri Lee Lam Thye,” katanya ketika ditemui pemberita dalam majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 2015 Niosh Wilayah Sabah, di sini hari ini.

Mohd. Husin berkata, pihaknya yakin akan lebih banyak penyertaan terdiri daripada rakan industri di negeri ini menyertai seminar dan kursus yang bakal dianjurkan.

Tambah beliau lagi, Niosh Sabah turut menawarkan perkhidimatan kursus stimulasi secara mudah alih di Kota Kinabalu dan Sandakan yang kini giat dilaksanakan pada tahun ini.

Beliau memberitahu, perkhidmatan stimulasi berkenaan julung kalinya diadakan di negeri ini memandangkan banyak aduan daripada pihak industri yang tidak memahami prosedur operasi standard (SOP).

Bagi memudahkan pihak industri, beliau berkata, kakitangan Niosh sendiri akan datang ke lokasi industri terbabit bagi memberikan perkhidmatan tersebut. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan