Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Masidi menyarankan agar MOSTI pertimbangkan perlaksanaan pembenihan awan

Masidi

KOTA KINABALU- Datuk Seri Panglima Masidi Manjun menyarankan agar Kementerian Sains Teknologi & Inovasi ( MOSTI) mempertimbangkan perlaksanaan pembenihan awan di negeri ini.

Masidi yang merupakan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Sabah berkata kualiti udara di negeri ini semakin teruk dan ia akan menjadi punca kepada masalah kesihatan.

“Saya tidak berniat untuk melawan hukum alam. Walau bagaimanapun, kita perlu ada inisiatif dalam mengurangkan impak negatif semasa musim kering ini.

“Saya berpendapat bahawa kita tidak boleh mengambil risiko kerana ia (jerebu) boleh menjejaskan kesihatan rakyat,”katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar sempena Sabah Fest 2016, disini, hari ini.

Tegas beliau, pihak yang berkenaan perlu memandang serius kepada impak yang disebabkan oleh fenomena El- Nino atau musim kering itu.

“Jika tiada sebarang pertunjuk bahawa hujan akan turun dalam masa yang terdekat, oleh itu, mereka (MOSTI) perlu mempertimbangkan semula mengenai prosedur dalam perlaksanaan pembenihan awan.

“Kita perlu mengambil tindakan dengan kadar yang segera dan tidak seharusnya menunggu sehingga terdapat individu yang meninggal disebabkan fenomena ini,” tegas beliau.

Sementara itu, beliau berkata bacaan jarak penglihatan pada ketika ini ialah pada 800 meter iaitu bacaan yang paling minimum.

“Menurut Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Berhad, KKIA telah mengeluarkan notis kepada semua syarikat penerbangan agar mengambil langkah berjaga- jaga semasa melakukan pendaratan dan perlepasan,”katanya.

Disamping itu, beliau turut menyeru kepada Jabatan Pendidikan Pelajaran Negeri Sabah agar memantau keadaan di sekolah- sekolah yang terjejas akibat fenomena itu,

Terdahulu, sebanyak 77 buah sekolah di tiga buah daerah iaitu Papar, Kuala Penyu dan Beaufort diarah tutup berikutan asap tebal akibat pembakaran di kawasan- kawasan tersebut. – Elezebeth Esther/ SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan