Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Masidi: Jawatankuasa bencana alam perlu proaktif dalam menangani masalah bekalan air

Masidi memukul gong sebagai gimik perasmian sempena Persidangan Sains Marin dan Akuakultur Antarabangsa 2016
Masidi memukul gong sebagai gimik perasmian sempena Persidangan Sains Marin dan Akuakultur Antarabangsa 2016

KOTA KINABALU- Jawatankuasa bencana alam perlu lebih proaktif dalam menangani masalah kekurangan air di setiap daerah atau kampung yang mengalami masalah tersebut, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Masidi berkata jawatankuasa bencana alam perlu mengambil tindakan yang seger sekiranya terdapat permasalahan seperti kekurangan bekalan di kawasan masing- masing.

“Saya telah memberi nasihat kepada semua pegawai daerah supaya mengambil tindakan proaktif mula daripada sekarang dan tidak menunggu sehingga kes ini menjadi lebih teruk,”katanya ketika ditemui pemberita setelah merasmikan pelancaran Persidangan Sains Marin dan Akuakultur Antarabangsa 2016, semalam.

Disamping itu, beliau turut meminta agar semua pihak berkuasa tempatan di kawasan masing- masing supaya memantau dan melaporkan dengan kadar yang segera berkenaan keadaan atau status terkini mengenai masalah air di setiap kampung di negeri ini.

Sementara itu, Masidi berkata Sabah bakal mempunyai taman marin terbesar didunia iaitu seluas 6 690 000 hektar disamping memastikan ekosistem laut terpelihara yang secara lansung menyumbang kepada industri pelancongan Sabah.

“Taman Marin Tun Mustafa akan dinaik taraf menjadi taman marin terbesar didunia dan akan dibuka pada bulan Jun ini,”katanya.

Sehubungan itu, Merangkap Timbalan Naib Cancelor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Dr. Shahril Yusof berkata inovasi sangat penting dalam memelihara ekosistem lautan dan memastikan kepentingan sejagat terpelihara. Syafathin M.Y/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan