Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,780

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Masidi cadangkan agar pengeluar membeli semula telefon bimbit lama untuk membendung masalah e- waste

11:19pm 17/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 150 views Berita Pilihan,Mutakhir,Tempatan
Kenangan... Masidi (tengah) dan Yeo (tiga dari kanan) serta Steve (tiga dari kini) bergambar bersama ahli- ahli SCDWA

Kenangan… Masidi (tengah) dan Yeo (tiga dari kanan) serta Steve (tiga dari kini) bergambar bersama ahli- ahli SCDWA

KOTA KINABALU- Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun mencadangkan agar pihak pengeluar telefon mudah alih membeli semula telefon yang lama dan tidak diguna oleh pengguna bagi menangani masalah bahan buangan eletronik atau e- waste.

Katanya, tanggungjawab bagi melupuskan telefon mudah alih lama sepatutnya dipikul oleh pengeluar telefon itu sendiri.

“Mereka boleh memasukkan kos pelupusan telefon mudah alih lama itu semasa para pembeli membeli telefon yang baharu,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa dalam sidang akhbar sempena Mesyuarat Agung pertama dan majlis pelantikan ahli Persatuan Pengurusan Sisa Pembinaan dan Domestik Sabah (SCDWA), di Hotel Ming Garden, disini, hari ini.

Disamping itu, Masidi turut mencadangkan agar satu undang- undang baru dibentuk berkenaan dengan pembuangan sisa eletronik bagi membendung masalah tersebut.

Sementara itu, Pengerusi SCDWA, Steve Yeo Lip Koh berkata pembuangan sampah secara haram boleh menyebabkan tahap kualiti kehidupan masyarakat setempat semakin menurun.

“Pengurusan bahan buangan yang tidak betul bukan sahaja akan menjejaskan kesihatan manusia malah ia juga akan menjejaskan persekitaran alam sekitar,”katanya.

Hadir sama, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai, Presiden Chinese Chamber of Commerce & Industry Kota Kinabalu (KKCCI), Datuk Micheal Lui dan Pengurus Besar Hap Seng Land Development dan JCA Sdn Bhd, Lim Soo Keat. Oleh Elezebeth Esther & Syafathin M.Y/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan