Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Masalah Tekanan Gas Di Stesen IPP Kimanis Punca Gangguan Bekalan Elektrik

kimanis

KOTA KINABALU:  Masalah pada tekanan gas yang disalurkan kepada Stesen Janakuasa Bebas (IPP) Kimanis Power Sdn Bhd (KPSB) pada 8.14 hari ini mengakibatkan stesen berkenaan tidak dapat menjana tenaga elektrik buat sementara waktu.

Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dalam kenyataan di sini Khamis memaklumkan akibat kejadian itu, kira-kira 90 MegaWatt (MW) tenaga elektrik telah hilang daripada Sistem Grid Sabah dan dianggarkan 10 ribu pengguna ataupun dua peratus daripada keseluruhan pengguna berdaftar telah terputus bekalan elektrik seketika.

“Bekalan elektrik telah dapat dipulihkan secara berperingkat di sebahagian kawasan bermula pada 8.26 pagi pada hari ini,” menurut kenyataan itu.

Menurut SESB antara kawasan yang terjejas adalah Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu, Kudat, Beaufort, Keningau, Tenom, Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Ekoran kejadian itu, pihak SESB terpaksa melaksanakan catuan bekalan kecemasan terhadap beberapa kawasan di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi menampung permintaan bekalan elektrik sedia ada.

Justeru, pengguna dinasihat segera menghubungi talian Hotline 15454 ataupun 088-515000 sekiranya kawasan mereka terputus bekalan elektrik.

Komen


Berita Berkaitan