Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Masalah monyet makin menjadi di Taman Rajawali

11:13am 08/11/2016 Pak Roshan 597 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

monyet

SANDAKAN: Wujud kebimbangan di kalangan penduduk kawasan perumahan Taman Rajawali, Batu 7, dekat sini apabila dikatakan masalah monyet semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Monyet tidak lagi serik bahkan berani memasuki kejiranan dengan berkeliaran di sana-sini termasuk kawasan bumbung rumah sekali gus mengganggu penduduk setempat.

Lebih malang kononnya sekumpulan monyet tidak diundang ini memanjat piring satelit Astro dan memetik buah-buahan yang ditanam di persekitaran rumah.

Difahamkan bahawa punca monyet-monyet tersebut telah berkeliaran di sekitar perumahan kerana belukar hutan yang bersebelahan dan selama ini menjadi tempat habitat mereka dibersihkan bagi pembinaan projek perumahan.

Begitu pun, Pengerusi KRT Taman Rajawali iaitu Iskandar Francis memberitahu perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu lama kerana kehadiran sekumpulan monyet yang berkeliaran di atas bumbung rumah membimbangkan semua penghuni.

Menurutnya, masalah monyet yang mengganggu penduduk ini sudah pun dikemukakan kepada pihak pengetahuan agensi jabatan yang berkaitan tetapi masih belum dapat diselesaikan sehingga kini.

“Penduduk di Taman Rajawali sudah mula bimbang dengan kehadiran monyet-monyet yang berkeliaran di sana-sini termasuk memanjat bumbung rumah.

“Ada monyet kelihatan memanjat piring astro … yang kita takut dia rosakkan itu piring satelit astro. Tidak kurang juga ada monyet yang memetik buah-buahan ditanam di halaman rumah.

“Oleh itu … kita minta pihak berwajib supaya dapat bertindak segera agar masalah monyet di kawasan perumahan Taman Rajawali ini diatasi secepat yang boleh.

“Ini kerana, kehadiran monyet telah mengganggu para penghuni … sudah dua kali kita buat aduan kepada pihak yang berkenaan tetapi nampaknya belum lagi selesai,” ujar Iskandar. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan