Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Masalah kesesakan lalu lintas di Tawau makin meruncing

tawau2

TAWAU – Masalah kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing di Tawau ketika waktu puncak perlu diatasi segera bagi keselesaan pengguna jalan raya di daerah itu

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu, Datuk Hamisa Samat berkata, masalah kesesakan lalu lintas di kawasan Jalan Jambatan Putih, Jalan Semarak, Jalan Apas perlu diselesaikan dalam memastikan orang ramai berasa selesa dan tidak tertekan.

“Kita banyak kali mendengar keluhan dan desakan orang ramai yang mengadu masalah kesesakan lalu lintas, begitu juga dengan masalah jalan raya yang lain, kita harap pihak bertanggungjawab menyelesaikan isu berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sin hari ini.

Jelasnya, situasi kesesakan melampau semakin menjadi-jadi terutamanya apabil hujan, kemalangan, sesi persekolahan atau pada waktu pejabat setiap hari.

Justeru, beliau yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat negeri mahu Jalan Pintasan yang menghubungkan Jalan Jambatan Putih ke Jalan Kinabutan sepanjang 19 kilometer yang pernah dicadang, dibina segera.

“Saya tahu cadangan jalan pintasan ini telah dicadang sejak 10 tahun lepas dan saya juga tahu ia akan dapat  mengatasi sedikit masalah kesesakan yang dihadapi pengguna pada waktu ini.

“Begitu juga Jalan kuhara dan Jalan Utara yang pernah dicadang dinaiktaraf menjadi dua hala, Jalan Coastal Highway yang menghubungkan Jalan persisiran Tawau ke Jalan Apas Parit yang dicadang dinaiktaraf,” ujarnya.

Menurutnya, hanya dengan kerjasama dan tindakan segera dari pihak berkepentingan khasnya Jabatan Kerja Raya akan dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut. – Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan