Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Masalah Aliran Tunai 1MDB Dijangka Pulih Hujung 2015

ahmad-husni

IPOH – Masalah aliran tunai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika ini dijangka pulih menjelang akhir tahun ini, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata 1MDB kini mengambil beberapa langkah strategik termasuk mengkaji perasionalan tanah yang berada di bawah milikannya dan melancarkan tawaran awam permulaan (IPO) pada Jun atau Julai ini.

“Kita percaya selepas perasionalan tanah dan pelancaran IPO itu, kita akan dapat mengurus masalah kewangan yang dihadapi oleh 1MDB,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran pekebun kecil limau bali Tambun, di sini semalam.

Ahmad Husni berkata setakat ini, 1MDB telah menggunakan RM600 juta daripada RM950 juta yang diperuntuk kerajaan sebagai kredit tersedia sementara sebelum syarikat itu melancarkan IPO.

“Kita sediakan dana itu kerana kita tak mahu syarikat itu terus berhutang. Hutang itu bukan sahaja akan menambah jumlah perlu dibayar tetapi termasuk kadar faedah.

“Jadi selepas pelancaran IPO dan beberapa lagi langkah, kita mahu syarikat itu melihat semula struktur kewangan mereka bagi mengurangkan beban untuk membayar hutang mereka,” katanya.

Ahmad Husni, yang juga anggota Parlimen Tambun, turut menegaskan bahawa 1MDB terlibat dalam masalah aliran tunai bukan disebabkan masalah pengurusan atau penyelewengan seperti yang didakwa.

“1MDB terlibat dalam pelaburan jangka panjang, jadi untuk mendapat keuntungan daripada pelaburan yang dibuat itu perlu mengambil masa.

“Penyata kewangan syarikat itu bagi 31 Mac 2013 telah mencatatkan keuntungan cuma bagi 2014 sahaja mereka mencatatkan kerugian,” katanya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan