Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Masalah 1,000 penduduk selesai

8:16am 02/06/2014 Pak Roshan 47 views Tempatan

pic-74

NABAWAN: Masalah lebih 1,000 penduduk di kawasan Pamuntarian yang sering terkandas setiap kali hujan lebat bakal berakhir apabila sebuah jambatan baharu bakal dibina dalam masa terdekat.

Setiap kali hujan lebat, masalah yang melanda para penduduk itu semakin serius apabila jambatan lama yang dibina dengan kayu balak itu bukan sahaja ditenggelami air tetapi turut menyebabkan tanah yang menimbusnya terhakis teruk.

Pegawai Daerah Nabawan, Fredian Gan berkata, sejurus menerima aduan daripada penduduk, pihaknya terus mengemukakan masalah itu kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk tindakan segera.

“Dalam tempoh 24 jam selepas aduan dikemukakan, JKR terus menyelenggaranya tetapi atas permintaan penduduk terpaksa ditangguhkan kerana terdapat majlis keramaian dan sambutan Pesta Kaamatan di kawasan itu yang memerlukan laluan berkenaan.

“Walau bagaimanapun, kami amat menghargai usaha gotong-royong penduduk membina laluan sementara menunggu JKR membina jambatan baharu yang kekal,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Minggu lalu, hujan lebat selama beberapa jam di kawasan itu menyebabkan para penduduk di lima buah kampung terkandas apabila Jalan Pamuntarian dan Jambatan Sungai Panawan ditenggelami air.

Kampung-kampung terlibat adalah Pamuntarian, Tiang, Naku­yung, Salarom Baru dan Ulu Mosopoh.

Sementara itu, Ketua Kampung Kuala Pamuntarian, Inabar Anggaran merakamkan penghargaan kepada Fredian kerana peka dengan masalah yang dihadapi oleh penduduk di kawasan ini.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan