Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Masa lontar jamrah dipendekkan

11:31am 25/08/2016 Pak Roshan 13 views Global
SUASANA di Masjidilharam, kelmarin. - Brunei Islam

SUASANA di Masjidilharam, kelmarin. – Brunei Islam

Riyadh: Ibadah melontar jamrah yang menyebabkan kematian kira-kira 2,300 jemaah tahun lalu akan dikawal lebih ketat pada musim haji tahun ini.

Akhbar Saudi Gazette dan Arab News melaporkan, tempoh untuk jemaah melontar akan dikurangkan sebanyak 12 jam.

Ibadah itu tidak akan dibenarkan dilakukan dari jam 6 pagi hingga 10.30 pagi pada 10 Zulhijah, dari 2 petang hingga enam petang pada 11 Zulihjjah dan dari 10.30 pagi hingga 2 petang pada hari terakhir, kata Kementerian Haji Arab Saudi.

Saudi Gazette memetik setiausaha rendah kementerian, Hussain al-Sharif sebagai berkata, peraturan baru itu diharap dapat memudahkan jemaah melontar dengan lebih mudah dan mengelak kejadian rempuhan akibat daripada kesesakan.

Dia bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana langkah dapat mengurangkan kesesakan.

Tragedi rempuhan tahun lalu adalah yang terburuk dalam sejarah haji.

Ia berlaku di luar jambatan jamrah yang setinggi lima tingkat.

Menteri Dalam Negeri yang juga pengerusi jawatankuasa haji, Putera Mahkota Mohammed bin Nayef mengarahkan siasatan dilakukan sejurus selepas bencana itu tetapi sehingga kini, hasil siasatan tidak diumumkan.

Sekurang-kurangnya 2,297 jemaah terbunuh dalam kejadian pada 24 September itu, menurut data pegawai asing.

Bagaimanapun, Arab Saudi berkata, hanya 769 mati.

Dalam satu lagi usaha menangani kesesakan, pihak berkuasa haji Saudi melarang jemaah melakukan Tawaf Qudum (Tawaf Selamat Datang) ketika hampir masuk waktu solat.

Menurut pegawai, jemaah dilarang melakukannya kira-kira sejam sebelum dan selepas waktu solat.

Musim haji tahun ini bermula 9 September depan. Bagaimanapun, ratusan ribu jemaah dari seluruh dunia sudah pun berada di tanah suci.

Dalam pada itu, Majlis Perbandaran Makkah mengerah 23,050 kakitangan, pekerja sambilan, kakitangan Kementerian Hal Ehwal Bandar dan Luar Bandar, pengakap serta sukarelawan untuk berkhidmat kepada tetamu Allah itu.

Mereka termasuk 13,000 pekerja pembersihan yang dilengkapi dengan 600 hampagas untuk bersihkan Makkah dan tempat suci lain.

Kedai gunting dengan 1,110 kerusi juga disediakan di Mina.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan