Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MASA BERTINDAK KECEMASAN BOMBA DIPERTINGKATKAN

Mantan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Nordin Pauzi (tiga kiri) menyerahkan Tongkat Kuasa kepada Kamarulzaman Malik Abdullah (tiga kanan) yang menjawat jawatan pengarah negeri berkuatkuasa 18 September lepas pada Majlis Serah Tugas Pengarah JBPM Sabah di Ibu Pejabat JBPM Sabah, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah akan melaksanakan pelbagai alternatif bagi menangani masalah masa bertindak jika berlaku sebarang kecemasan.

Mantan Pengarah JBPM Sabah, Nordin Pauzi berkata, hal berkenaan disebabkan Sabah mempunyai geografi yang unik dan mencabar bagi pasukan bomba dalam menjalankan tugas dalam masa bertindak yang terbaik.

“Sabah begitu penting dalam JPBM kerana mempunyai ciri-ciri yang tersediri seperti mempunyai gempa bumi, kebakaran, banjir serta banyak lagi dan cabaran kerana kedudukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabah agak berjauhan kerana faktor keluasan negeri ini.

Mantan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Nordin Pauzi pada sidang media selepas Majlis Serah Tugas Pengarah JBPM Sabah di Ibu Pejabat JBPM Sabah, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

“Namun, bagi pihak JPBM Sabah sudah pasti kita kena kekalkan strategi untuk memastikan masa bertindak yang begitu cepat dan memungkinkan kita membuat penyelamatan mangsa dan memadamkan kebakaran.

“Ini satu cabaran di Sabah yang mana ia akan berterusan dan langkah-langkah untuk mengambil langkah penambaikan dan mengatassinya akan diteruskan oleh pengarah yang baru kita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis Penyerahan Tongkat Kuasa kepada Pengarah JPBM Sabah Kamarulzaman Malik Abdullah di sini hari ini.

Nordin akan berpindah ke Kuala Lumpur menjadi Pengarah JPBM Kuala Lumpur.

Mantan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Nordin Pauzi (tengah) merakamkan gambar bersama pengamal media selepas Majlis Serah Tugas Pengarah JBPM Sabah di Ibu Pejabat JBPM Sabah, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Ehsan Ibu Pejabat JBPM Sabah

Katanya, antara usaha JPBM Sabah adalah dengan menambah BBP di seluruh Sabah.

“BBP Sook dijangka siap ada hujung Oktober dan kita akan menggerakkan jentera-jentera untuk beroperasi dan memberikan perkhidmatan di kawasan Sook dan kawasan-kawasan berhampiran seperti Nabawan.

“Selain itu juga dapat memberikan perkhidmatan jika berlaku kemalangan di laluan utama perhubungan Keningau-Kalabakan-Tawau,” jelasnya.

Tambahnya, JBPM Sabah juga merancang untuk membuka BBP di kawasan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dan bercadang agar akademi bomba Sepanggar akan mempunyai satu pusat gerakan bomba.

“Kita akan ada alternatif lain seperti balai bomba kategori lain atau Pasukan Bomba Sukarela (PBS) bagi menampung masa bertindak,” tambahnya.

Sementara itu, Kamarulzaman berkata, beliau akan melihat perkara berkenaan perkara itu berdasarkan kekuatan JPBM Sabah dan risiko-risiko yang ada untuk dijadikan keutamaan. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan