Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MAS Teruskan Promosi Pameran MATTA

41419068779_freesize

KUALA LUMPUR – Promosi pameran pengembaraan MATTA Malaysia Airlines (MAS) masih boleh didapati pada paras sama seperti acara itu diadakan hujung minggu lepas.

Naib Presiden Kanan Serantau Malaysia, Datuk Muzammil Mohamad berkata, tempahan boleh dibuat di semua saluran pengedaran MAS mulai sekarang hingga 29 Mac 2015.

“Ini adalah antara masa terbaik untuk merebut tawaran hebat untuk perjalanan sehingga Disember. Kami menggalakkan pelanggan menempah segera kerana tempat duduk semakin berkurangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muzammil berkata, MATTA, pameran pengembaraan tahunan terbesar di Malaysia mendapat sambutan amat menggalakan oleh pelanggan yang mencari pakej percutian terbaik dan pihaknya menjangka permintaan akan berterusan dalam beberapa hari akan datang.

MAS berkata, ia menawarkan tambang kepada pelanggan untuk ke destinasi domestik mulai RM135 di Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak atau mulai RM245 untuk perjalanan di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Tambang untuk ke bandar raya pilihan di ASEAN mulai RM375 ke Jakarta dan RM425 ke Bangkok, manakala untuk terbang ke Hong Kong mulai RM675, RM1,275 ke Incheon dan RM1,375 ke Narita atau Osaka.

Tiket penerbangan ke Melbourne dan Sydney hanya RM1,575 dan mulai RM2,000 ke Cairns dan Hobart.

Menurut MAS, kepada mereka yang merancang percutian di Eropah, tambang ke Paris adalah mulai RM2,449 dan RM2,799 ke Rom, Milan atau RM2,899 ke Vienna dan Madrid.

Tempat duduk kelas ekonomi penerbangan pesawat A380 superjumbo ke London masih boleh diperoleh dengan tambang serendah RM2,499.

Semua destinasi terbabit adalah untuk tambang pergi balik kelas ekonomi termasuk semua untuk perjalanan segera sehingga 31 Disember 2015, kata MAS.

MAS berkata, kepada mereka yang memilih untuk terbang kelas bisnes, mereka boleh mendapat kadar tambang serendah RM699 ke destinasi domestik dan ASEAN, RM2,500 ke China dan Hong Kong, RM4,500 ke Asia Utara, RM1,660 ke Asia Selatan di samping masing-masing RM4,900 dan RM10,500 ke Australia dan Eropah. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan