Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MAS Terputus Hubungan Dengan Pesawat MH17 Dari Amsterdam

MH17 Terputus Hunbungan1

 

KUALA LUMPUR — Syarikat Malaysia Airlines (MAS) telah terputus hubungan dengan pesawat Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.

MAS dalam tweet terbaharunya berkata kedudukan terakhir pesawat itu adalah di ruang udara Ukraine.

“Butiran lanjut akan menyusul,” katanya.

Sementara itu, jurucakap MAS berkata syarikat penerbangan itu tidak dapat mengesahkan laporan agensi berita antarabangsa mengenai insiden itu dan masih menyiasat perkara berkenaan.

“Sebaik kita mendapat butiran lanjut, kami akan memaklumkan kepada media,” katanya.

Agensi berita antarabangsa melaporkan sebuah pesawat Malaysia yang membawa 295 penumpang terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Ia berkata pesawat Boeing itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Komen


Berita Berkaitan