Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,636

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Marzuki kini pemangku Ketua Pemuda Umno Semporna

1:22pm 22/08/2016 Elezebeth Esther Onjining 2313 views Tempatan
Ahmad Marzuki Nasir

Ahmad Marzuki Nasir

KOTA KINABALU- Bendahari Pemuda Umno Semporna, Ahmad Marzuki Nasir secara rasmi memulakan tugas beliau sebagai Pemangku Ketua Pemuda Umno Semporna pada hari ini.

Marzuki,37, berkata jawatan pemangku Ketua Pemuda bukanlah sesuatu tugasan yang mudah baginya.
“Bagi saya. menjadi seorang ketua bukan sesuatu perkara yang mudah, tetapi berkat sokongan rakan-rakan dengan gerak kerja ahli pergerakan, saya akan teruskan perjuangan dan berusaha menangani segala masalah yang terdapat di Semporna,”katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang media sempena Majlis Lafaz Taat Ikrar Setia Pemangku Ketua Umno Bahagian Semporna, disini, hari ini.
Menurut Marzuki, pihaknya akan melaksanakan beberapa program termasuklah program turun padang bagi mendekati para pemuda di kawasan berkenaan.
Tambahnya, Pergerakan Pemuda Umno Semporna juga akan menubuhkan sebuah unit media baru bagi tujuan sama.
“Seperti mana kita tahu, para pemuda hari ini lebih suka mendapatkan informasi dan maklumat melalui media sosial berbanding media tradisional seperti TV dan surat khabar,”katanya.
Selain itu, beliau turut menyeru kepada semua anggota Pemuda Umno Semporna agar bersikap matang ketika berpolitik.
“Kita seharusnya belajar mengawal emosi, matang berpolitik dan mengambil pendekatan terbaik dalam memenangi hati masyarakat setempat,”katanya.
Hadir sama, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri, Ir.Shahelmey Yahya, Penolong Setiausaha Pemuda Negeri, Mohd.Bahrin Abd.Karim, Ketua Penerangan Pemuda, Arshad Bistari, Penolong Bendahari Pemuda UMNO Negeri, Faez Ainstein Datuk Nordin dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Papar merangkap Exco Pemuda, Armizan Mohd.Ali. Oleh Elezebeth Esther/sayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan