Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mary Yap Berpuas Hati Pelaksanaan PT3 Di Tawau

maryyap

TAWAU: Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap Kain Chin berpuas hati dengan pelaksanaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi mata pelajaran Sejarah dan Geografi yang sedang berlangsung di sekolah-sekolah di daerah ini.

Katanya sekolah terbabit dapat melaksanakan PT3 dengan mengikut jadual yang ditetapkan selain pelajar juga diberi bimbingan sewajarnya untuk melaksanakan tugasan masing-masing.

“Nampaknya guru-guru sudah bersedia dan mengikut laporan yang saya terima daripada guru-guru, para pelajar juga tidak menghadapi masalah melakukan tugasan yang telah diberikan,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan bagi meninjau pelaksanaan PT3 di beberapa sekolah di sini pada Selasa.

Yap berkata kad kerja yang dihasilkan oleh pelajar juga dilihat mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan.

“Yang amat membanggakan saya pelaksanaan PT3 ini dapat memupuk cara pembelajaran yang baik dalam kalangan murid. Saya lihat mereka bukan sahaja mendapat bahan maklumat daripada buku teks tetapi dengan menggunakan kebijaksanaan mereka mencari maklumat daripada surat khabar dan Internet.

“Selain itu pelajar juga mengadakan perbincangan dan bekerjasama untuk mencari bahan. Saya lihat ini sangat menggalakkan kerana ia boleh dipraktik apabila mereka melanjutkan pelajaran di universiti kelak,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan