Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Martabat Kesusasteraan Melayu Dijulang Tinggi

7:44pm 14/11/2015 Elezebeth Esther Onjining 14 views Isu Semasa,Tempatan,YB Datuk Hajah Jainab Datuk Seri Panglima Haji Ahmad Ayid
Datuk Hjh Jainab (ketiga dari kiri) dan Datuk Hj Abbas (tengah) bersama dengan penerima anugerah, Datuk Dr Zaiton (kedua dari kiri) dan Jasni (hujung kanan)

Datuk Hjh Jainab (ketiga dari kiri) dan Datuk Hj Abbas (tengah) bersama dengan penerima anugerah, Datuk Dr Zaiton (kedua dari kiri) dan Jasni (hujung kanan)

SEPANGGAR- Dua orang penulis kesusasteraan melayu di negeri ini diberi pengiktirafan atas sumbangan mereka dalam memartabatkan sastera melayu agar tidak lupus ditelan zaman.

Bersempena dengan program Perkampungan Sastera di INTAN, jumaat lalu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah memberi pegiktirafan kepada Datuk Hajah Zaiton Ajamain dan Jasni Matlani.

Gelaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu telah diberikan kepada Dr Zaiton atas sumbangan karya beliau dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Melayu. Beliau telah menerima gelaran ‘Datuk’ hasil daripada pengiktirafan tersebut.

Manakala Jasni pula telah menerima tiga pengiktirafan iaitu Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Sabah, dan Hadiah Karya Terbaik ITBM.

Disamping itu, beliau juga telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah S.E.A Write Award ke-37 yang akan berlansung di Thailand.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Haji Abbas Ali, Ketua Pengarah DBP Malaysia, Datuk Dr. Haji Awang Sariyan dan ramai lagi. Oleh Elezebeth Esther/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan