Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Marsha tiada masalah tinggal dengan mentua

RUMAH terbuka Marsha Milan Londoh di Tropicana Golf & Country Resort.- Foto Rohanis Shukri

 

KUALA LUMPUR: Hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga, bakat kelahiran program realiti, Akademi Fantasia (AF) musim ketiga, Marsha Milan Londoh tidak kekok tinggal sebumbung dengan keluarga mentua.

Isteri kepada usahawan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail itu berkata, dia tidak pernah menjadikan tinggal serumah dengan mentua sebagai isu kerana sudah biasa dan selesa begitu.

“Sebelum bernikah, suami selalu membawa saya bertemu ahli keluarganya. Daripada situ, saya mula belajar membiasakan diri. Alhamdulillah, saya tiada masalah, sebaliknya gembira apabila ahli keluarga menetap sama.

“Bayangkan apabila 12 orang menetap di rumah yang sama, memang gamat jadinya. Apabila semua berkumpul, terutama pada musim perayaan, riuh-rendah dibuatnya,” katanya sambil memberitahu mereka berpindah ke kediaman baharu di Petaling Jaya, sejak dua bulan lalu.

Penyanyi yang sedang popular dengan lagu duet, Sumandak Sabah bersama Velvet Lawrence Aduk itu berkata, sesekali dia akan pulang ke rumah keluarga yang dijaga abangnya.

“Lagipun, kucing peliharaan saya ada di situ, jadi untuk melepas rindu, saya akan pulang. Tinggal bersama mentua, banyak perkara baharu yang saya dapat belajar. Keluarga suami juga ‘sempoi’, jadi saya tidak kekok,” katanya.

Sempat dicuit mengenai anak, Marsha berkata, seperti wanita lain, dia juga menyimpan impian untuk menjadi ibu.

“Belum ada rezeki lagi ke arah itu. Mungkin Allah mahu melihat sejauh mana saya bertahan mengharungi ujian hidup. Saya dan suami sentiasa bersabar, malah tidak pernah mengalah untuk terus berusaha.

“Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kami berdua, maklumlah sebelum ini, saya hampir sebulan tidak bertemu suami kerana sering berulang-alik ke Sabah untuk konsert dan promosi single terbaru.

“Kami ibarat bercinta jarak jauh, tetapi mujur suami faham dan tidak menghalang minat saya,” katanya yang terpaksa melupakan seketika dunia lakonan untuk memberi perhatian kepada promosi single itu. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan