Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Marsha tak tertekan

Lama tidak aktif menyanyi, Marsha Milan, 31, akui penyertaannya dalam AF Megastar bukanlah untuk bersaing dengan sesiapa, sebaliknya untuk memantapkan kehadirannya dalam bidang nyanyian yang diceburinya sejak 2005.

Selain menyanyi, dia juga berlakon dan mengacara. Justeru, AF Megastar diharap boleh menjadi platform kepadanya untuk kembali menonjol dalam bidang nyanyian.

“Saya akui berdebar apabila terbabit dalam AF Megastar maklumlah sudah lama tidak menyanyi seperti ini. Menerusi AF dulu, penonton melihat persembahan saya biasa saja kerana masih baru tetapi kali ini keadaan sudah jauh berbeza dan pastinya mereka meletakkan harapan tinggi untuk setiap peserta AF Megastar,” katanya.

Tidak mahu mengganggap penyertaannya sebagai satu pertandingan, Marsha cuba lebih terbuka kerana enggan tertekan.

“Saya anggap penyertaan dalam AF Megastar lebih kepada reunion bersama semua kawan-kawan AF. Bertemu rakan lama AF pastinya satu pengalaman yang menyeronokkan buat kami sama seperti ketika menyertai AF dulu di mana kami ditempatkan dalam satu rumah,” katanya.

Marsha berkata, bertemu bekas peserta AF baru pula membuatnya gusar kerana mereka lebih muda dan bertenaga.

“Saya sedar dari segi tenaga mungkin susah untuk bersaing dengan mereka kerana semuanya muda-muda belaka. Oleh itu, saya sudah buat persediaan lebih awal bersama pasukan yang akan membantu kelancaran persembahan saya nanti,” katanya.

Tirai konsert pertama AF Megastar dibuka Ahad lalu menyaksikan Marsha tampil menyanyikan lagunya sendiri berjudul Untuk Terakhir Kali. Dia bersaing dengan 23 lagi peserta AF bagi menempatkan diri di kalangan 12 peserta yang akan diumumkan Ahad ini.

Dalam pada itu, selain sibuk dengan AF Megastar, Marsha turut terbabit dengan program travelog bergandingan dengan Didie Alias.

Menerusi program 16 episod yang akan disiarkan di saluran RTM itu, Marsha akan membawa penonton mengenali budaya perkahwinan yang terdapat di seluruh negara. – myMetro Online

Komen


Berita Berkaitan