Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Marsha, Shaiful Nizam Sah Bergelar Suami Isteri

Untitled

TAHNIAH diucapkan kepada pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh yang kini sah bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail dengan sekali lafaz, kira-kira pukul 8.55 malam tadi.

Pasangan sama cantik, sama padan ini diijab kabulkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Timur Laut Pulau Pinang, Fauzi Ibrahim dan berwalikan hakim di rumah kediaman pengantin lelaki di Georgetown, Pulau Pinang.

IMG_0028

Bintang kelahiran program realiti Akademi Fantasia ini menerima tujuh dulang hantaran, mas kahwin berjumlah RM1,001 dan berbalas sembilan dulang hantaran. Manakala, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Majlis pernikahan yang diadakan secara sederhana ini turut disaksikan oleh ahli keluarga dan kenalan akrab. – MYNEWSHUB.CC

Komen


Berita Berkaitan