Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Marsha lega persembahan dapat pujian

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Marsha, menghela nafas lega apabila persembahannya pada minggu suku akhir program AF Megastar menerima pujian daripada juri undangan, Puan Seri Tiara Jacquelina.

Marsha atau nama penuhnya Marsha Milan Londoh, berkata komen positif diberikan saban minggu oleh juri jemputan ketika bertanding dalam rancangan berkenaan membakar semangat beliau untuk menjadi penghibur yang lebih baik.

“Alhamdulillah, sudah lama sebenarnya saya menantikan pujian dari segi keseluruhan persembahan kerana tidak mahu tertakluk kepada vokal semata-mata. Saya bersyukur apabila persembahan pada Ahad lalu dikatakan berjaya menghiburkan.

“Juri undangan pada minggu sebelum itu, Faizal Tahir, turut memberikan kata-kata semangat berdasarkan persembahan saya tampilkan.

“Biarpun bertanding, saya ingin memberikan persembahan keseluruhan terbaik dan tidak hanya mempertaruhkan vokal semata-mata,” katanya.

PESERTA, (dari kiri berdiri) Syamel, Shahir, Amir Jahari, Amir dan Bob, manakala duduk dari kiri, Idayu dan Marsha Milan, layak ke minggu separuh akhir selepas membuat persembahan pada minggu keenam Konsert AF Megastar di Royal Theater Shah Alam. – Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

Selain Marsha, tujuh lagi peserta iaitu Idayu, Bob, Amir, Shahir, Syamel dan Amir Jahari berjaya mara ke separuh akhir, yang akan berlangsung Ahad ini.

Penyanyi, pelakon dan pengarah kelahiran Sabah itu berkata, beliau ingin sekali dilihat sebagai artis yang lebih matang di pentas pertandingan berkenaan kerana sudah agak lama menyepikan diri daripada seni suara.

Mengakui kekurangan dirinya dalam aspek tarian, Marsha memilih untuk menarik perhatian peminat menerusi karakter dalam menjiwai lagu dinyanyikan.

“Setiap individu mempunyai pendapat mereka tersendiri, namun saya tahu kelemahan saya yang tidak mampu menari seperti sesetengah penyanyi lain. Jadi, saya mengambil inisiatif untuk menyuntik karakter bersesuaian dengan lagu dipersembahkan, selain bermain dengan ekspresi wajah.

“Sejujurnya, lagu yang dipilih iaitu Asmara dan Seksis yang dipopularkan oleh ikon popular, Anita Sarawak, memang mencabar kebolehan saya, namun ia dipilih kerana tidak mahu terikat dengan pada kedudukan selesa saja,” kata Marsha. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan