Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Marsha belum cuba kaedah alternatif jadi ibu

KUALA LUMPUR: Enggan terlalu memikirkan soal cahaya mata, penyanyi, Marsha Milan Londoh mahu mengalihkan tumpuannya terhadap kerjaya seni sepanjang tahun depan.

Marsha, 31, berkata beliau dan suami, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail, 30, bagaimanapun belum mencuba kaedah alternatif berikutan usia perkahwinan baru masuk dua tahun.

“Buat masa ini, kami belum mencuba cara lain untuk mendapatkan zuriat, lagipun kami baru dua tahun berkahwin.

“Saya tidak mahu terlalu tertekan apabila memikirkan soal anak kerana saya percaya Allah merancang sesuatu yang terbaik untuk kita semua. Oleh itu, saya mengalihkan tumpuan kepada kerjaya pula.

“Pelbagai perancangan sudah pun direncanakan sepanjang tahun depan, terutama membabitkan bidang nyanyian. Saya memang berhasrat untuk kembali aktif sebagai penyanyi,” katanya kepada BH Online.

Marsha mengulas perancangan mendapatkan cahaya mata ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama peminat di Damansara, di sini, petang semalam.

Marsha dan Mohamed Shaiful Nizam berkenalan sejak 10 tahun lalu dan mula serius dalam tempoh dua tahun sebelum diijabkabulkan pada 31 Disember 2015 di kediaman keluarga lelaki berkenaan di Pulau Pinang.

Penyanyi yang juga pelakon kelahiran Sabah itu berkata, beliau bersama pihak pengurusannya ketika ini dalam perancangan untuk mengadakan konsert jelajah.

Baru-baru ini, bekas pelajar Akademi Fantasia (AF) musim ketiga ini kembali mendapat perhatian apabila mampu menyerlahkan bakat sebagai penghibur ketika menyertai program AF Megastar. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan