Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Marsha Bakal Akhiri Zaman Bujang Januari Hadapan?

2:52pm 18/12/2015 Pak Roshan 244 views Hiburan,Mutakhir

Marsha-Milan-thb

MARSHA Milan Londoh khabarnya bakal mengakhiri zaman bujangnya bulan Januari hadapan, adakah benar atau gosip semata-mata?

Terbaharu kad undangan perkahwinannya dengan seorang lelaki bernama Mohamed Shaiful Nizam telah tersebar di forum Cari. Menerusi tarikh yang tertera pada kad tersebut, Marsha bakal mendirikan rumah tangganya pada tanggal 8 Januari hadapan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

Marsha-Bakal-Nikah-Januari-Tahun-Hadapan-ROTIKAYA

Pasti ramai yang teruja mengenai berita perkahwinan penyanyi dan pelakon kelahiran Sabah ini namun, tuan empunya diri nampaknya masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan dengan berita gembira ini.

Sebelum ini, Marsha mengunci rapat mulutnya berhubung isu dia telah memeluk Islam. Dalam kenyataannya sebelum ini, dia hanya berkata “Saya minta maaf, saya tidak dapat berkongsi sepenuhnya kepada semua. Apa pilihan hidup saya, siapa diri saya selepas ini dan siapa yang akan gembirakan saya, itu adalah hak saya”

Tambahnya lagi, “Bagi saya, setiap orang punyai privasi hidup masing-masing, malah saya juga perlu menghormati setiap hati dan perasaan sebelum membuat sebarang kenyataan,”

Walauapapun, sekiranya benar beliau akan berkahwin dengan jejaka pilihannya, kami akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan Marsha dan bakal suaminya. – MYNEWSHUBCC

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan