Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Marsha Akui Suami Tak Galak Berlakon

2:35pm 09/09/2016 Pak Roshan 1999 views Hiburan,Mutakhir

marsha

SEJAK mendirikan rumah tangga, sudah jarang kita lihat Marsha Milan Londoh muncul dalam mana-mana drama ataupun filem.

Mengulas hal itu, bintang kelahiran Akademi Fantasia ini mengakui, suaminya Mohamed Shaiful, 29, tidak menggalakkan untuk dia terlalu aktif dalam bidang lakonan.

Menurut Marsha, 31, banyak faktor yang perlu diambil kira untuk menerima tawaran berlakon termasuk komitmen penggambaran yang panjang.

“Saya akan lebih tumpu kepada bidang nyanyian dan pengacaraan, bukan saya tidak mahu berlakon cuma selepas berkahwin ada banyak yang perlu diambil berat terutamanya yang melibatkan penggambaran terlalu lama. Kalau boleh saya tidak mahu balik rumah lambat terutama pada fasa baru berkahwin ini.

“Suami tidak melarang cuma dia tidak menggalakkan sahaja. Dia minta saya pilih tawaran yang benar-benar berbaloi,” ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Marsha memberitahu, dia juga enggan berlakon watak-watak yang kurang sopan dan tidak sesuai dengan statusnya sebagai seorang isteri.

Marsha berkahwin dengan Shaiful pada 31 Disember 2015 di Georgetown, Pulau Pinang. – mynewshub

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan