Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Markas Armada Timur persembah kek Hari Raya

Tun Juhar melihat kek yang dipersembahkan oleh Markas Armada Timur sambil diperhatikan Zulhelmy (kanan).

KOTA KINABALU: Markas Armada Timur mempersembahkan kek kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M. Jasni buat julung kalinya.

Panglima Angkatan Kapal Selam (PAKS)​,​ Laks​amana Pertama​ Zulhelmy Ithnain berkata​,​ ini merupakan penyertaan kali pertama oleh Markas Armada Timur yang sebelum ini dikenali sebagai Markas Wilayah Laut Dua.

“Turut menjadi satu keistimewaan kepada Tentera Laut DiRaja Malaysia kerana menjadi satu-satunya agensi kerajaan yang terlibat pada majlis kali ini,”​ ​katanya kepada media pada Majlis Penyampaian Kek Hari Raya Aidilfitri di Istana Negeri,​ ​kelmarin.

Se​banyak 15 kek dipersembahkan ​termasuklah​ dari hotel-hotel terkemuka iaitu Nexus Resort Karambunai, Magellan Sutera dari Sutera Harbour, Hyatt Regency Kinabalu, Promenande Hotel, Le Meridien Kota Kinabalu, Sabah Oriental Hotel, Hilton Kota Kinabalu dan The Klagan Regency.​

Turut mempersembahkan kek ​adalah​ daripada Kolej Asian Tourism International Collage Sdn Bhd (ATI).

Sementara itu,​ ​Tun Juhar ​semasa dalam ucapan ringkasnya ​​merakam ribuan terima kasih atas penglibatan ​semua pihak dan semua kek tersebut akan disumbangkan kepada rumah-rumah kebajikan sekitar Kota Kinabalu./PENERANGAN​-​

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu menjadi tema untuk Sutera Harbour Resort bagi tahun 2018.

Komen


Berita Berkaitan