Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Maritim tumpaskan cubaan seludup masuk rokok

Bot yang ditahan bersama rokok yang cuba diseludup.

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 18 Tawau (DM18) telah merampas sejumlah 890 karton rokok dipercayai cuba diseludup masuk ke daerah ini dari negara jiran pada jam lebih kurang 11.15 malam, semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi), Daerah Maritim 18 Tawau Leftenan Komander Maritim Ahmad Firdaus bin Shaari berkata, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang menjalankan tugas rondaan di kawasan tanggungjawab telah mengesan sebuah bot pancung dalam keadaan bergelap serta mencurigakan berhampiran perairan Kampung Titingan Batu 2, Tawau.

“Bot suspek meluncur laju ke arah pesisir pantai dan tekong bertindak terjun ke laut meninggalkan bot tersebut sebaik sahaja berjaya dihampiri. Hasil pemeriksaan ke atas bot yang menggunakan enjin sangkut berkuasa kuda 115hp itu kemudiannya menemukan muatan 15 kotak berisi muatan rokok kretek pelbagai jenama. Nilai rampsan keseluruhan dianggarkan bernilai RM87,300” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau turut menyatakan, kesemua barang rampasan dibawa ke jeti Maritim Malaysia DM18 Tawau dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat DM18 untuk siasatan lanjut. Kes tersebut akan disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

Maritim Malaysia akan terus menjalankan tugas- tugas penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang di perairan Tawau. Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi terus di talian 089-752115 pusat operasi Maritim Malaysia Tawau atau di talian MERS 999 untuk sebarang kejadian kecemasan. /SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan