Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,745

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Maritim tahan sebuah bot miliki bom ikan

2:29pm 09/11/2016 Leolerry Lajius 89 views Jenayah,Kota Kinabalu,Tempatan

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Daerah Maritim 15 Kota Kinabalu telah menahan sebuah bot enjin sangkut yang disyaki menggunakan dan memiliki bom ikan di perairan Kota Kinabalu, semalam.

Menurut Pengarah Maritim Daerah Kota Kinabalu. Laksamana Pertama Maritim Adam Haji AZiz, dalam kejadian lebih kurang 1.05 pagi, semasa dalam misi OP Sejahtera bot peronda Maritim telah mengesan sebuah bot enjin sangkut dalam keadaan bergelap dan mencurigakan di perairan Kota Kinabalu.

“Ketika pihak Maritim mendekati bot tersebut, bot itu telah memecut laju mengelak dari ditahan dan diperiksa tetapi berjaya dipintas oleh bot ronda Maritim Malaysia pada jam lebih kurang 1.10 pagi namun awak-awak tersebut telah terjun ke laut dan disyaki melarikan diri menuju ke kawasan pantai.”

“Hasil pemeriksaan terhadap bot tersebut didapati bersama satu unit tong minyak diesel 25 liter dan mendapati lebih kurang 300 kilogram ikan pelbagai jenis yang disyaki diperolehi dengan menggunakan kaedah pengeboman ikan dan bot terbabit telah di bawa ke Jeti Maritim Malaysia Teluk Sepanggar untuk di serahkan kepada Pegawai Penyiasat.”

“Sampel-sampel ikan akan dihantar ke makmal untuk ujian selanjutnya,”katanya sambil menambah kes ini akan di siasat dibawah Seksyen 26(1)(c) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan dengan cara meracun atau menggunakan bahan letupan dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda maksumum RM20.000 00 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Adam Haji Aziz menyeru kepada komuniti maritim supaya menjadi mata dan tetinga pihak berkuasa dan menyalurkan sebarang maklumat jenayah maritim dan sebarang kejadian bencana di laut kepada pihak berkuasa dengan kadar segera dengan menghubungi pihak APMM ditalian 088-387 845 (Bilik Operasi) atau talian MERS 999 supaya pihak berkuasa dapat menjamin keselamatan dan kesejahteraan perairan negara./SayangSabah

Keadaan ikan yang ditangkap menggunakan bom ikan.

Keadaan ikan yang ditangkap menggunakan bom ikan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan