Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Maritim Malaysia tahan 11 warga asing di Kudat

KUDAT, 13 Ogos (Bernama) — Cubaan 11 warga Filipina menyeludup masuk ke Sabah secara tidak sah gagal selepas mereka ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada jarak 1.4 batu nautika dari Tanjung Inaruntung, Pitas, dekat sini, semalam.

Pengarah Zon Maritim Kudat Komander Maritim Boon Chin Chau berkata kesemua mereka ditahan pada jam 10 malam oleh pasukan Maritim Malaysia yang sedang menjalankan rondaan Op Pluto Timur di perairan itu selepas mengesan bot pam dinaiki suspek dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata bot pam bersama kesemua warga asing terbabit dipercayai cuba menyeludup masuk ke Sabah melalui perairan Kudat dari Pulau Kagayan, Selatan Filipina.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua suspek termasuk tekong merupakan warga Filipina berumur antara dua hingga 54 tahun.

“Enam daripada 11 suspek itu adalah lelaki, lima perempuan yang mana dua daripadanya kanak-kanak, didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Boon berkata bot pam digunakan  juga tidak berdaftar dengan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah; dan kesemua mereka dibawa masuk ke Jeti Marina Kudat untuk siasatan lanjut.

Katanya kes disiasat di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002; Akta Imigresen 1959/63; serta Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan