Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Maritim Malaysia Daerah Labuan tahan dua bot nelayan

1:21pm 31/08/2016 Pak Roshan 25 views Mutakhir,Tempatan,WP. Labuan
gambar hiasan

gambar hiasan

LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Wilayah Persekutuan Labuan menahan dua buah bot nelayan kerana disyaki memancing berdekatan dengan Pelantar Deep Sea Metro 1, kira-kira 52 batu nautika barat laut Wilayah Persekutuan Labuan, pada Ahad.

Pengarah Maritim Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Kepten Maritim Che Adnan Md Isa berkata, kedua-dua bot berkenaan ditahan antara jam 2 hingga 3 petang pada Ahad selepas menerima aduan daripada pekerja di pelantar tersebut mengenai kehadiran bot berkenaan yang sedang memancing berhampiran pelantar mereka.

“Hasil daripada rondaan dan pemantauan anggota Maritim Malaysia telah berjaya mengesan bot-bot berkenaan yang melakukan kegiatan memancing disekitar Pelantar Deep Sea Metro 1 dan didapati salah sebuah bot berkenaan dipercayai telah melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952/60 kerana beroperasi menggunakan lesen tamat tempoh,” katanya dalam satu kenyataan media di sini kelmarin.

Selain itu katanya, bot berkenaan juga gagal mengemukakan surat pertukaran nakhoda serta kesemua 13 nelayan yang berada di kedua-dua bot berkenaan gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri yang sah dan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Beliau berkata, kedua-dua bot berkenaan ditahan dan di bawa ke jetiAPMM Labuan untuk siasatan lanjut. Che Adnan, turut menasihatkan nelayan supaya tidak menangkap ikan berdekatan dengan mana-mana pelantar kerana ia dibimbangi boleh mengundang bahaya kepada nelayan.

“Aktiviti yang dilakukan di kawasan berhampiran pelantar sangat berisiko tinggi yang boleh mengundang kemusnahan serta kehilangan nyawa jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kerana bimbang terdapat saluran-saluran yang mengeluarkan gas lebihan dan peralatan bawah air yang tidak disedari oleh nelayan ,” katanya. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan