Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Maritim Malaysia berjaya mematahkan cubaan aktiviti penyeludupan minuman keras anggaran bernilai RM 26,000

12:26pm 16/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 166 views Jenayah,Tempatan
Antara minuman keras bersama van yang dirampas oleh pihak Maritim Malaysia, pada 14 Februari lalu

Antara minuman keras bersama van yang dirampas oleh pihak Maritim Malaysia, pada 14 Februari lalu.

LABUAN- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya mematahkan satu cubaan menyeludup minuman keras tanpa cukai yang di anggarkan bernilai RM 26,000 di Lawas, Sarawak, 14 Februari yang lalu

Menurut Pengarah Maritim Ibu Pejabat Daerah Labuan, Kapten Maritim Che Adnan Md Isa, bot ronda Maritim Malaysia telah mengesan dan mengekori sebuah bot dipercayai bot penyeludup yang bergerak dari Labuan menghala ke Lawas. pada jam lebih kurang 9.45 malam.

“Setelah hampir satu jam setengah mengekori, bot tersebut didapati merapat di tebing Sungai Lawas dan kelihatan sebuah van beserta beberapa orang sedang melakukan aktiviti pemunggahan barang,” katanya dalam satu kenyataan media, disini, semalam.

Namun, kehadiran pihak Maritim Malaysia berjaya dikesan dan mengakibatkan bot serta beberapa orang suspek telah melarikan diri.

Tanbahnya, pemeriksaan terhadap sebuah van jenis Toyota bernombor pendaftaran QT 9798 yang ditinggalkan bersama kunci telah menjumpai sejumlah minuman keras pelbagai jenis dipercayai dibawa keluar dari Labuan secara haram.

“Minuman keras yang dirampas dianggarkan bernilai RM 16,571.00, manakala van dianggarkan bernilai RM 10,000.00 . Kesemua barangan rampasan yang berjumlah RM 26,571.00 telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Labuan untuk diserahkan kepada Unit Siasatan untuk tindakan lanjut.

“Kejayaan ini juga merupakan satu kejayaan besar pada tahun ini yang akan menjadi pendorong kepada semua anggota agar terus mempertingkatkan kawalan dan rondaan di perairan Labuan bagi menghalang kegiatan penyeludupan ini dari terus berleluasa,” ujarnya.

Disamping itu, beliau turut menyeru kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumt dan aduan di laut boleh hubungi di talian 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Daerah Maritim Labuan ( 087-427999).- Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan