Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MARITIM DISERU LIPAT GANDA USAHA BENDUNG PENCEROBOHAN BOT ASING

KOTA KINABALU: Penguatkuasa maritim perlu melipatgandakan usaha bagi membendung  pencerobohan bot nelayan asing ke perairan negara di Sabah.

Menteri Pertanian dan industri Makanan Junz Wong berkata, pencerobohan bot nelayan Vietnam di perairan Sabah terutamanya di kawasan Kuala Penyu baru-baru ini membimbangkan para nelayan tempatan.

“Pencerobohan berkenaan bukan saja membawa kemerosotan kepada hasil ikan tetapi merosakkan sumber alam seperti batu kerang.

“Oleh itu, saya meminta agar pihak berkuasa maritim dapat menggerakkan dan menempatkan aset mereka di kawasan perairan yang sering dicerobohi oleh bot-bot asing bagi mengelakkan kepupusan hasil sumber laut yang akan menjejaskan hasil tangkapan nelayan-nelayan kecil tempatan,” katanya dalam satu kenyataannya di sini kelmarin.

Tambahnya, rekod menunjukkan, Sabah mempunyai 51 buah kapal nelayan laut dalam yang telah dilesenkan oleh Jabatan Perikanan Sabah dan masih aktif yang diusahakan oleh 11 buah syarikat tempatan.

“Daripada jumlah ini, 18 buah adalah kapal buatan tempatan dan 33 buah lagi merupakan buatan negara luar iaitu dari Vietnam yang diusahakan oleh syarikat-syarikat tempatan Sabah dan telah mendapat kelulusan permit lebih awal.

“Bagaimanapun, bermula dari 2015, perolehan kapal-kapal buatan dari luar negara seperti Vietnam, Filipina, Taiwan, China dan Brunei tidak lagi dibenarkan. Walaupun demikian, kapa-kapal buatan luar negara yang telah mendapat kelulusan sebelum 2015 masih dibenarkan beroperasi hanya di dua zon sama ada Zon Pantai Barat atau Zon Tawau pada jarak 30 batu nautika ke atas dari pantai,” tambahnya.

Selain itu katanya, daripada 51 buah kapal laut dalam itu, tujuh buah mengoperasikan peralatan pukat jerut, 11 buah pukat tunda dan 33 buah rawai. Namun, pihaknya masih terima aduan bahawa bot yang sepatutnya menggunakan rawai itu masih menggunakan pukat tunda untuk menangkap ikan.

“Oleh itu, penguatkuasa maritim kita perlu juga melipat-gandakan usaha bagi membendung perkara ini”, tambah Junz. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan