Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Marin tahan dua lelaki, rampas 144 parang

Polis marin (kanan) menunjukkan parang yang dirampas. - foto ihsan PPM
Polis marin (kanan) menunjukkan parang yang dirampas. – foto ihsan PPM

TAWAU – Pasukan Polis Marin Tawau (PPM) berjaya memintas sebuah bos laju dan menahan dua lelaki berusia 20 dan 47 tahun semasa melakukan rondaan di kawasan perairan di Kampung Titingan, di sini.

Komander Pasukan Polis Marin Sabah, Asisren Komisioner Mohammad Madun berkata, bot yang ditahan dipecayai akan menuju ke Sungai Nyamuk, Indonesia tanpa melaporkan diri melalui Pos Imigresen Tawau.

“Setelah diperiksa mereka tidak melaporkan diri di imigresen dan pemeriksaan lanjut mendapati terdapat dua bungkusan guni mengandungi 144 bilah parang,” katanya sambil menambah nilai rampasan berjumlah RM26,280.

Jelasnya, penumpang yang mengakui barang tersebut miliknya juga gagal menunjukkan sebarang dokumen kastam berkaitan dengan barangan itu.

Menurutnya, pihak marin kemudian menahan dan mengiringi bot berkenaan ke pangkalan marin untuk membuat laporan polis.

Kedua-dua disabitkan kesalahan mengikut Akta Imigresen kerana gagal melapor diri untuk keluar menerusi pos imigresen dan Akta Kastam kerana tidak memiliki dokumen berkaitan barangan yang dibawa. – oleh Muahlim Lise / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan