Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Marin tahan bot tunda di Sungai Kalabakan

Bot tunda yang ditahan di muara Sungai Kalabakan oleh pasukan
Bot tunda yang ditahan di muara Sungai Kalabakan oleh pasukan

TAWAU – Pasukan Polis Marin Tawau (PPM) berjaya menahan sebuah bot tunda dan semasa melakukan rondaan Ops Paradise di muara Sungai Kalabakan, di sini semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Sabah, Asisten Komisioner Mohammada Madun berkata, hasil pemeriksaan mendapati seramai empat orang terdiri dari seorang juragan bersama tiga awak-awak ditahan ketika sedang menjalankan operasi penundaan di kawasan itu.

“Mereka ditahan mengikut Akta Perikanan kerana beroperasi memukat tunda di kawasan larangan kurang dari lima batu nautika dari pantai. Jumlah rampasan keseluruhan bernilai RM39,800,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua yang ditahan dibawa ke Pengkalan Polis Marin Tawau untuk tindakan lanjut dan kes dirujuk ke Jabatan Perikanan Tawau dibawa seksyen 8(B) memukat di kawasan larangan kurang 5 batu nautika dari pantai. – oleh Muahlim Lise / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan