Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,737

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Marah gambar menyerupai Hitler

10:34am 04/06/2016 Pak Roshan 6 views Global
BOYD (kanan) dan gambarnya dalam pasport yang didakwa menyerupai Hitler.

BOYD (kanan) dan gambarnya dalam pasport yang didakwa menyerupai Hitler.

Salford (England): Seorang lelaki begitu marah apabila membuka pasport barunya dan mendapati gambarnya kelihatan seperti bekas pemimpin Nazi Jerman, Adolf Hitler.

Stuart Boyd berkata, dia membaharui pasportnya pada 22 Mei lalu selepas merancang bercuti di Pulau Rhodes, Greece Julai depan.

Dokumen itu tiba tepat seminggu kemudian.

Bagaimanapun, apabila pesara paramedik itu membukanya, dia terkejut gambarnya menunjukkan dia mempunyai misai kontot, sekaligus menampakkan dia seperti Hitler.

“Saya amat marah apabila melihatnya. Saya tertekan. Saya tidak pasti proses membaharui pasport. Saya poskan gambar saya dalam Facebook. Hasilnya begitu buruk. Lebih buruk lagi, saya akan menggunakan pasport ini selama 10 tahun,” katanya.

Pejabat Pasport berkata, ia akan menyiasat aduan Boyd. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan