Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MARA pantau pelajarnya elak terjebak ISIS

Shafie Apdal (depan) ketika mengecat tiang ketika Program Gotong Royong Sekolah Agama Negeri (SAN) Pekan Semporna. - foto Masani Sandn
Shafie Apdal (depan) ketika mengecat tiang ketika Program Gotong Royong Sekolah Agama Negeri (SAN) Pekan Semporna. – foto Masani Sandn

SEMPORNA – Pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sama ada di dalam atau pun luar negara diingatkan supaya tidak terlibat dalam sebarang kegiatan kumpulan militan ISIS.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengingatkan perkara itu kepada pelajar kerana banyak lagi perkara yang betul boleh dilakukan dalam mengharumkan agama dan membangunkan ekonomi umat Islam.

“Pelajar perlu memberi tumpuan pada pendidikan dan tidak terlibat dalam sebarang kegiatan walaupun namanya jihad tetapi amalannya bukan amalan Islam sebenar, agama tidak pernah menghalalkan pembunuhan,” katanya kepada pemberita selepas Program Gotong-Royong Sekolah Agama Negeri (SAN) Pekan Semporna di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai penahanan pelajar berusia 14 tahun baru-baru ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dipercayai ingin menyertai kumpulan pelampau berkenaan di Syria.

Dalam majlis itu, Shafie turut menyampaikan sumbangan Parlimen iaitu 20 set keranda, tempat mandi jenazah serta 600 set kit kelengkapan jenazah dengan nilai keseluruhan sumbangan RM280,000 di semua kawasan Parlimen Semporna dan tombak mimbar untuk seluruh masjid di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) di Semporna serta sebuah bas sekolah.

Menurutnya, perbuatan jenayah militan ISIS berkenaan perlu dikutuk sekeras-kerasnya dan bukan bertindak memberi sokongan kepada mereka kerana kumpulan itu jelas bertindak di luar batas agama.

Sehubungan itu, katanya, pihak MARA akan sentiasa memantau pelajar-pelajar tajaannya agar tidak ada yang dikesan terlibat dalam kegiatan militan tersebut. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan