Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,687

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

MARA akan terus gah sebagai platfrom untuk membela dan membangunkan masyarakat bumiputera

7:35pm 02/02/2016 Leolerry Lajius 38 views Tempatan
Ismail ketika melancarkn gimik perasmian ketika majlis tersebut.-Gambar Oleh Jimmy Tan

Ismail ketika melancarkan gimik perasmian ketika majlis tersebut.-Gambar Oleh Jimmy Tan

KOTA KINABALU: MARA akan terus gah sebagai platfrom untuk membela dan membangunkan masyarakat bumiputera dalam meneraju transformasi seiring dengan hasrat kerajaan untuk memartabatkan bumiputera terutamanya dalam bidang keusahawanan, pelaburan dan pendidikan.

Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob semenjak 50 tahun penubuhan MARA, institusi ini telah memainkan peranan sebagai socioeconomic engineering agency yang masih kekal hingga ke hari ini.

“Kita telah melihat pencapaian MARA terutamanya dalam sektor keusahawanan dan pendidikan, seiring dengan moto, keusahawanan dan pendidikan global, “katanya.

Beliau juga menyeru agar MARA dan usahawan-usahawan di negeri ini saling berganding bahu untuk menghasilkan satu anjakan paradigma dalam memperkasakan keusahawanan secara inovatif dan kreatif.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Malam Gala Solidariti Kegemilangan MARA Sabah di Magellan Sutera Harbour, Kota Kinabalu semalam.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan