Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Manuskrip al-Quran tertua di dunia

Manuskrip ditulis atas kulit dan berusia 1,370 tahun akan dipamerkan Oktober depan.
Manuskrip ditulis atas kulit dan berusia 1,370 tahun akan dipamerkan Oktober depan.

London: Universiti Birmingham dipercayai memiliki manuskrip al-Quran tertua di dunia dipercayai berusia 1,370 tahun.

Analisis radiokarbon menunjukkan naskhah itu dari sekitar 568 hingga 645 Masihi dengan ketepatan 95.4 peratus.

Hasil ujian itu yang dilakukan di Universiti Oxford mencadangkan manuskrip berkenaan ditulis kurang 20 tahun selepas Nabi Muhammad SAW wafat.

Profesor Agama Kristian dan Islam universiti berkenaan David Thomas berkata: “Ujian itu memang penemuan mengejutkan di dalam koleksi universiti kami, malah manuskrip ini tidak mustahil dihasilkan dalam tempoh beberapa tahun pengasasan Islam.

“Nabi Muhammad menerima wahyu antara 610 hingga 632 Masihi bererti kemungkinan besar orang yang merekodkan manuskrip ini juga hidup pada masa itu, malah mungkin turut mengenalinya.

“Tulisan ini mampu menyokong pandangan bahawa teks al-Quran tidak diubah dan ditulis tidak lama selepas diwahyukan.”

Manuskrip berkenaan sebahagian daripada koleksi Mingana bagi manuskrip Asia Barat merangkumi dua kekulit serta ditulis menggunakan bentuk tulisan ‘Hijazi’ Arab lama.

Manuskrip itu akan dipamerkan di Institut Seni Halus Barbaer universiti terbabit, Oktober depan. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan