Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Manusia pokok’ cari rawatan

DEDE Koswara, ‘Manusia pokok’ dari Indonesia yang meninggal dunia kelmarin.
DEDE Koswara, ‘Manusia pokok’ dari Indonesia yang meninggal dunia kelmarin.

Dhaka: Lelaki Bangladesh yang digelar ‘manusia pokok’ kerana ketuat yang tumbuh di tangan dan kakinya dimasukkan ke hospital, di sini, semalam, dalam usaha untuk mengatasi masalah yang dihadapinya.

Abul Bajandar, 25, yang berasal dari Khulna menderita penyakit yang dikenali sebagai Epidermodusplasia Verruciformis sejenis penyakit kecelaruan genetik kulit yang jarang berlaku sejak tujuh tahun lalu.

Doktor di Hospital dan Kolej Perubatan Dhaka akan memutuskan cara merawat bekas pemandu beca bermotor itu selepas membentuk satu pasukan terdiri daripada beberapa pakar.

Abul dikatakan orang keempat di dunia diketahui menghidap penyakit berkenaan yang dikatakan berpunca daripada virus yang dikenali sebagai papillomaviruses manusia.

Menurut maklumat yang diperoleh menerusi Internet, seorang lelaki warga Romania adalah orang pertama didiagnos dengan penyakit itu pada Mac 2007. Satu lagi kes dilaporkan di Indonesia, membabitkan seorang nelayan berusia 35 tahun. – Agensi/HMetro

 

ABUL menunjukkan tangannya yang ditumbuhi ketuat.
ABUL menunjukkan tangannya yang ditumbuhi ketuat.

Komen


Berita Berkaitan