Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mantapkan jentera parti hadapi PRU-14

Musa Aman (barisan kedua, tengah) bersama barisan kepimpinan Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO Sabah. - foto JKM
Musa Aman (barisan kedua, tengah) bersama barisan kepimpinan Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO Sabah. – foto JKM

KOTA KINABALU – Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, mengadakan pertemuan dengan barisan pimpinan Pemuda, Puteri dan Wanita di Bangunan UMNO, di sini semalam.

Musa semasa menyampaikan amanatnya mahu ketiga-tiga sayap parti itu agar terus mengukuh kekuatan dan perpaduan terutama dalam kalangan UMNO negeri, selain mengeratkan kerjasama sesama ahli sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-14 nanti.

Katanya, usaha semua pihak dalam parti penting dalam memastikan kemenangan berterusan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum itu nanti termasuk berganding bahu dengan parti komponen BN yang lain bagi memantapkan jentera BN itu sendiri.

Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Ketua Wanita UMNO negeri, Datuk Armani Mahiruddin; Ketua Puteri, Normala Rasik dan Naib Ketua Pemuda, Shahelmy Yahya serta Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Abdul Rahim Ismail.

Dalam majlis itu juga, Musa turut diberikan taklimat mengenai program yang telah dan sedang dirancang oleh ketiga tiga sayap parti itu di negeri ini. – SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan