Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Manila tahan ketua kumpulan militan baru

ALI (tengah) dikawal anggota polis ketika tiba di Pangkalan Udara Villamor, Manila, semalam.
ALI (tengah) dikawal anggota polis ketika tiba di Pangkalan Udara Villamor, Manila, semalam.

Manila: Pihak berkuasa Filipina semalam menangkap ketua kumpulan militan baru di selatan negara itu yang dikaitkan dengan siri serangan bom, pembunuhan dan didakwa melindungi dua suspek pengganas yang dikehendaki Amerika Syarikat, kata pegawai semalam.

Tentera dan polis Filipina menangkap Mohammad Ali Tambako dan lima pengikutnya lewat kelmarin ketika mereka menaiki kenderaan menuju ke pelabuhan di bandar General Santos.

Menurut laporan polis, tiga bom tangan dan dua pistol turut dirampas daripada kumpulan itu yang tidak melawan ketika ditahan.

Mohammad Ali bersama 70 pengikutnya menubuhkan kumpulan Keadilan Untuk Pergerakan Islam pada tahun lalu.

Tentera mendakwa kumpulan itu memberi perlindungan kepada militan warga Malaysia, Zulkifli Hir yang juga dikenali sebagai Marwan dan suspek pengebom warga Filipina, Abdul Basit Usman.

Marwan dilaporkan terbunuh dalam satu serbuan polis elit Filipina pada 25 Januari lalu yang turut menyebabkan 42 anggota keselamatan negara berkenaan terbunuh. – AFP

Komen


Berita Berkaitan