Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Manifesto PH Hanya Pancing Undi – Penganalisis Politik

 

Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Romzi Ationg

 

LABUAN – Manifesto Pakatan Harapan (PH) yang dilancarkan semalam disifatkan sebagai ‘gula-gula’ Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi memancing undi rakyat dari seluruh negara, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan. 

Penganalisis politik dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Romzi Ationg berkata manifesto itu menyenaraikan perkara yang menjadi harapan rakyat Malaysia secara umum.

“Bagaimanapun, semua janji itu menuntut perancangan secara sistematik dan jika tidak ada perancangan sewajarnya, saya bimbang Malaysia akan menjadi sebuah negara tanpa matlamat yang relevan.

“Ia juga memerlukan sebuah kerajaan yang kuat dan stabil. Tetapi, melihat kepada wujudnya fenomena perpecahan yang ketara dalam kalangan mereka, adakah pembangkang mampu melakukannya?,” kata beliau kepada Bernama apabila diminta mengulas manifesto PH itu.

Beliau berkata dalam kes Sabah sebagai contoh, negeri itu menyaksikan perpecahan teruk dalam barisan pembangkang sejak sekian lama dan janji tentang pemencaran telah menjadi punca perpecahan.

“Ia menunjukkan bahawa janji seperti itu tidak mungkin akan tertunai kerana mereka lebih berminat dengan agenda peribadi, bukan agenda negara.

Romzi, yang mempunyai kepakaran dalam bidang kepimpinan serta psikologi sosial dan sedang membuat kajian tentang politik kontemporari dan global, juga berkata langkah menangani isu pendatang secara tergesa-gesa bukan sahaja akan membawa kepada keadaan kacau-bilau ‘memandangkan sesetengahnya sudah pun berada dalam politik kita, tetapi juga akan menjejaskan dengan teruk ekonomi kita’.

Pilihan raya umum yang akan diadakan memerlukan kita benar-benar mengenali siapakah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sebenarnya.

Ketidakmampuan kerajaan memenuhi tuntutan dan keperluan rakyat Sabah seperti yang terdapat dalam 20 perkara itu telah menjadi legasi beliau kerana kes itu tidak berlaku semasa era Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn.

Persoalan paling penting ialah adakah mereka benar-benar mahu menyelesaikan isu tempatan ini atau hanya ingin menarik pemilih supaya menyokong mereka, kata beliau. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan