Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Manifesto BN Sabah merangkumi 20 komitmen

KOTA KINABALU: Manifesto Barisan Nasional (BN) Sabah yang bertemakan ‘Tanah Airku Maju’ ditunjangi oleh 20 komitmen yang sentiasa meletakkan rakyat sebagai kepentingan utama dalam pemerintahan BN.

Manifesto BN Sabah telah dilancarakan oleh Pengerusi BN Sabah Tan Sri Musa Aman, di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas, hari ini dengan dihadiri oleh ribuan penyokong BN yang memenuhi dewan berkenaan.

Menurut Musa, komitmen yang pertama adalah memelihara hak dan kepentingan Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), komitmen kedua Menyuburkan hubungan antara agama dan kaum manakala komitmen ketiga dan keempat adalah berkaitan langsung dengan rakyat kumpulan B40.

“Komitmen ketiga dan keempat berkaitan langsung dengan rakyat dalam kumpulan B40. Kita akan merancakkan agenda membasmi kemiskinan sehingga kita mencapai angka kemiskinan sifar dan membina lebih banyak rumah mampu milik,”katanya.

Komitmen kelima hingga kesepuluh adalah Komitmen berterusan menangani isu pendatang asing tanpa izin, Memperkasa ESCOMM, Mewujudkan peluang pekerjaan yang saksama, Pengurusan tanah yang lebih efisien, Perlindungan alam sekitar ke arah ekonomi hijau dan Merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar.

Komitmen kesebelas hingga ketiga-belas pula merangkumi Pembangunan wanita dan kesaksamaan gender, Pembangunan belia dan sukan dan Mempertingkatkan pembangunan modal insan.

Sementara itu komitmen keempat-belas hingga ketujuh-belas pula lebih menjurus kepada ekonomi Negeri Sabah.

“Empat komitmen seterusnya menjurus kepada ekonomi negeri, kita akan, Mengukuhkan kedudukan kewangan dan ekonomi negeri, Memacu sektor pertanian, Merancakkan industri pelancongan dan Menggiatkan pertumbuhan industri minyak dan gas,”katanya.

Atas dasar kesedaran untuk memacu pertumbuhan ekonomi negeri yang bergantung kepada tadbir urus yang baik maka komitmen yang kelapan-belas adalah Mewujudkan kerajaan berintegriti.

Dua lagi komitmen adalah Mengiktiraf industri kreatif sebagai sumber ekonomi baharu dan Memperluaskan capaian jalur lebar./SayangSabah

Musa (kanan) bersalaman dengan Mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Chong Kah Kiat yang turut menyambut ketibaan beliau di majlis Pelancaran Manifesto BN Sabah. -Gambar Oleh JKM

Komen


Berita Berkaitan