Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mangsa runtuhan bumbung KK Times Square meninggal dunia

KOTA KINABALU – Selepas bertarung nyawa selama hampir 28 jam, seorang daripada lima mangsa runtuhan bumbung pintu masuk utama KK Times Square akhirnya menghembuskan nafas terakhir, kira-kira jam 4.15 petang tadi.

Mangsa lelaki yang dikenali sebagai Fitri bin Munir berumur 22 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth di sini, akibat pendarahan teruk di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner M.Chandra yang mengesahkan kematian itu berkata, polis mengklafikasi kes sebagai mati mengejut.

“Mangsa berasal dari Kampung Likas dikejarkan ke hospital semalam selepas cedera parah akibat dihempap runtuhan bumbung pusat membeli belah berkenaan,” katanya semasa dihubungi di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, empat mangsa yang lain masih dirawat di hospital dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Dalam kejadian jam 11.10 pagi semalam, bumbung pintu masuk KK Times Square yang dalam pembinaan, runtuh mencederakan lima pekerja binaan termasuk seorang parah.
Runtuhan yang berlaku ketika kerja menaikkan struktur bumbung kanopi sedang dijalankan itu dipercayai akibat kegagalan tiang penyokong bumbung berkenaan. – Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

IMBAS... Bumbung pintu masuk utama pusat membeli belah yang runtuh pada Isnin.
IMBAS KEMBALI… Bumbung pintu masuk utama pusat membeli belah yang runtuh pada Isnin.

Komen


Berita Berkaitan