Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mangsa ribut minta bantuan disegerakan

Junaidi menunjukan zink rumahnya yang telah diterbangkan oleh ribut tersebut. - foto Kalawon Sawing / SayangSabah
Junaidi menunjukan zink rumahnya yang telah diterbangkan oleh ribut tersebut. – foto Kalawon Sawing / SayangSabah

TENOM – Mangsa ribut di daerah ini meminta pihak berwajib agar dapat menyegerakan bantuan kepada mereka yang terlibat secepat mungkin bagi meringankan beban yang ditanggung.

Junaidi Jipirin, 36, di Kampung Lagud berkata, kerugian yang dialami oleh mereka sekeluarga mencecah RM12,000 dan berharap pihak berwajib dapat mempercepatkan bantuan untuk memasang semula zink rumahnya.

Katanya, struktur serta semua peralatan di dalam rumahnya akan rosak sekiranya hujan lebat melanda ekoran sehingga kini ketiadaan zink yang boleh menutupi atas kediamannya.

“Kami sekeluarga berharap bantuan disalurkan segera bagi mengelak rumah dan harta benda kami terus mengalamai kerosakan,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Seorang lagi mangsa, Kapintoh Suntat, 51, dari Kampung Makakumpai berkata, kerugian yang dialami hampir mencecah lebih kurang RM10,000 disebabkan separuh zink rumah milik ibu mertuanya telah diterbangkan dalam kejadian angin ribut tersebut. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan