Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mangsa ribut di Melalap, Kemabong terima bantuan

Raime (tengah) menyampaikan sumbangan wang tunai dan zink kepada mangsa angin ribut. - foto Kalawon Sawing / SayangSabah
Raime (tengah) menyampaikan sumbangan wang tunai dan zink kepada mangsa angin ribut. – foto Kalawon Sawing / SayangSabah

TENOM – Bantuan berjumlah RM1,500 kepada mangsa angin ribut di Melalap dan Kemabong yang telah mendaftar di Pejabat Parlimen Tenom dan Jabatan Kebajikan Daerah Tenom, akan diberikan secara tunai dan berperingkat-peringkat.

Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi berkata, bantuan tersebut adalah daripada kerajaan bagi meringankan beban penduduk yang terlibat dalam bencana alam tersebut.

“Kita telah menyampaikan masalah dan kerugian yang dihadapi oleh rakyat di kawasan saya kepada pihak kerajaan akibat bencana angin ribut yang lalu. Kita berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah memberikan sedikit peruntukan untuk membantu meringankan beban yang terpaksa dihadapi oleh mangsa.

“Ini adalah antara bukti pihak kerajaan sentiasa mendengar dan mengambil berat permasalahan yang dihadapi oleh rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan dan menyampaikan bantuan wang tunai RM1500 secara kepada keluarga mangsa di setiap rumah yang dilawati, semalam.

Walau bagaimanapun, beliau berharap agar jangan ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan memberikan laporan palsu kepada pihak yang berkenaan. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan