Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mangsa QZ8501 Tiada Skim Perlindungan Insurans Indonesia

aa

JAKARTA – Kesemua waris 166 mangsa termasuk penumpang dan krew pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 tidak layak membuat tuntutan untuk perlindungan insurans tempatan negara itu yang diuruskan syarikat milik pemerintah, PT Jasa Raharja (Persero).

Perkara mengejutkan itu didedahkan Menteri Penyelaras Ekonomi, Sofyan Djalil ketika ditemui pemberita di gedung Bursa Saham Indonesia di sini hari ini sebagai mengulas bayaran pampasan yang akan diberi ekoran tragedi kemalangan udara tersebut.

Justeru, beliau meminta Persero agar dapat mencari kaedah terbaik bagi memudahkan tuntutan insurans oleh keluarga mangsa kerana pada kelaziman nahas udara, waris akan menerima ganti rugi standard sama ada mereka meninggal dunia atau cedera.

“Kita akan lihat semula syarat dan terma yang ditetapkan di bawah peraturan insurans antara pihak penanggung insurans serta penumpang dan anak kapal sesuai dengan perjanjian sedia ada,” ujar Sofyan bagi menjelaskan kekeliruan mengenai tuntutan itu.

Persero dalam kenyataan media sebelum ini mengumumkan, tidak memiliki kewajipan bagi membayar segala tuntutan insurans kepada semua mangsa insiden QZ8501 yang terhempas di perairan Selat Karimata dekat wilayah Kalimantan Tengah pada Ahad lalu.

Bangunan ibu pejabat PT Jasa Raharja di daerah Kuningan, Jakarta. – Gambar hiasan

Agensi insurans kebangsaan ditubuhkan sejak 1965 itu menjelaskan, isu itu berdasarkan kepada Undang-undang Nombor 33 dan 34 Tahun 1964 yang ditetapkan bersama dengan Peraturan Menteri Kewangan Nombor 36/PMK.010/2008 dan 37/PMK.010/2008.

Di bawah undang-undang tersebut, pesawat AirAsia Indonesia itu tidak layak menerima perlindungan insurans tempatan kerana ia bukan dalam perjalanan antara mana-mana wilayah Indonesia tetapi menuju ke luar negara iaitu dari Surabaya ke Singapura.

Bagaimanapun, Sofyan menegaskan, pihak kementerian akan meneliti semula perjanjian yang diguna pakai antara Persero dengan AirAsia Indonesia dan jika memang terbukti tiada perlindungan, waris tidak layak menuntut apa-apa pampasan kerugian.

“Biasanya setiap penumpang dijamin akan diberi sejumlah wang tertentu oleh Persero tetapi dalam kes QZ8501, agensi itu berkata tiada kewajiban tuntutan, dan saya akan lihat pula jika AirAsia ada buat perlindungan insurans komersial lain,” katanya. – Agensi

 

Komen


Berita Berkaitan