Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudi Delamin berkata, mangsa, Rahman Basri, 27, berjaya ditemukan pada pukul 6.11 petang tadi kira-kira lima kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

“Mangsa disahkan meninggal dunia dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

“Operasi mencari dan menyelamat yang dimulakan sejak semalam berakhir sepenuhnya pada pukul 7 malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sharudi berkata, menurut laporan awal, lelaki berkenaan dikatakan menyeberangi sungai untuk ke kedai bagaimanapun, mangsa dipercayai dibawa arus deras sebelum hilang.

“Bertindak atas maklumat dan laporan tersebut sejak semalam, pasukan bomba dan penyelamat telah menjalankan operasi menyelamat di sekitar tebing sungai itu,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE