Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mangsa Kebakaran Terima Bantuan

kebakaran1

SEMPORNA : Penderitaan mangsa kebakaran di Kampung Sejati 2, dekat sini mendapat perhatian daripada kerajaan apabila 44 orang ketua isi rumah yang terlibat dalam kejadian menyayat hati pada Jumaat lalu itu menerima bantuan sewajarnya.

Pembantu Menteri Kewangan negeri, Datuk Ramlee Marhaban berkata, kejadian yang menyebabkan 28 buah rumah musnah mendapat perhatian kerajaan negeri bagi meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh kesemua mangsa.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya berkata, insiden malang yang menimpa 206 orang dalam kebakaran tersebut harus dibantu oleh kerajaan negeri, sekali gus membuktikan kerajaan sedia ada sangat prihatin dengan nasib rakyat.

“Saya berharap semua mangsa dapat bersabar dengan ujian yang diterima ini, selain sentiasa berusaha menjaga keselamatan diri dan keluarga serta menjaga kesihatan diri,” katanya yang ditemui selepas mengadakan lawatan ke tapak kejadian dan bertemu mangsa kebakaran di Dewan Masyarakat Semporna di sini semalam.

Yang hadir sama, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Bugaya, Ab. Suhud Jaani dan Ketua Pegawai Daerah Bugaya, Amir Piong.

Mengulas lanjut, Ramlee menggesa pemimpin masyarakat mengambil langkah berjaga-jaga dalam isu keselamatan kampung, terutama mengelak berlaku kejadian kebakaran yang melibatkan banyak rumah.

Selain itu beliau juga berharap orang ramai untuk terus bersatu padu, mengamalkan sikap tolong-menolong dan bekerjasama dalam menghadapi kesukaran terutama ketika diuji dengan musibah yang tidak diduga.

Jelasnya, semua amalan baik itu akan mengeratkan lagi hubungan antara sesama mereka sebagai jiran dan masyarakat setempat, sekali gus mengukuhkan semangat perpaduan tinggi yang telah sedia terjalin sebelum ini.

“Semangat setia kawan dan perpaduan kaum adalah perkara perkara yang sangat diperlukan dalam setiap keadaan bagi menangani apa jua masalah yang berlaku, selain berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu mereka dalam menangani bencana seperti ini,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan